Pemandangan di serktar pekan Kuala Penyu Sabah. Sungai Sitompok.
ASAL USUL NAMA KUALA PENYU
ASAL USUL NAMA KUALA PENYU
Kuala penyu tidak lepas daripada salah satu sungai yang mengairi kawasan Daerah Kuala penyu iaitu sungai sitompok yang terletak di dalam daerah Kuala penyu, sungai sitompok berpunca daripada kawasan tanah tinggi yang ada di Daerah Tenom, dipercayai hulu sungai sitompok berasal dari cabangan Sungai Padas dan terus ke kawasan daerah Beaufort, Sabah terus ke daerah Kuala penyu.
menurut kepercayaan dan cerita lisan penduduk setempat di kawasan daerah Kuala penyu, asal usul nama berasal daripada sungai sitompok iaitu di muara sungai sitompok, terdapatnya bentukan batu yang merupai seekor penyu yang mana dikenali sebagai batu penyu maka asal usul nama kuala penyu berpunca daripada batu berbentuk seekor Penyu yang berada di kuala sungai sitompok maka terjadilah nama Kuala penyu.
No comments:
Post a Comment