Saturday, March 30, 2019

Cerita Rakyat "Batu Luang" Kuala Penyu Sabah





Pemandangan dari dalam Batu Luang

CERITA RAKYAT DUSUN TATANA KUALA PENYU


Peristiwa ini dikatakan berlaku pada suatu ketika dahulu melibatkan pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka di rumah pangantin perempuan. Setelah beberapa hari mereka menaiki pelamin, maka mereka dikatakan ingin pulang ke rumah pengantin lelaki atau disebut maya wagu mengikut bahasa suku kaum Kadazandusun Tatana.

Dengan diiringi oleh keluarga masing-masing, pasangan pengantin itu berangkat pada suatu pagi yang indah. Ketika mereka hampir di gua Batu Luang, tiba-tiba angin bertiup kencang dengan awan manjadi gelap dan diikuti oleh hujan yang turun dengan lebatnya.

Berikutan situasi yang tidak mengizinkan mereka meneruskan perjalanan itu, kedua mempelai tersebut pun bergegas untuk berlindung di dalam sebuah gua yang kini dikenali Gua Batu Luang.

Setelah hujan berhenti, mereka mula keluar dari gua tersebut. Pengantin lelaki dikatakan merupakan orang yang kedua terakhir keluar. Orang yang terakhir masih di dalam gua tersebut ialah isterinya.

Sebaik sahaja pengantin perempuan tersebut menghulurkan kedua tangannya untuk ditarik oleh suaminya, tiba-tiba tanah di dalam gua itu mendap dan runtuh. Si suami cuba menyelamatkan isterinya dengan segala kudrat namun wanita itu hanya mampu menghulurkan cincin perkahwinan mereka lalu lesap di telan bumi.

Sejauh mana kebenaran cerita ini sukar untuk dibuktikan namun yang nyata gua tersebut yang terletak di kawasan pantai Batu Luang masih wujud hingga ke hari ini.








Pemandangan di persisiran pantai Batu Luang 

Friday, March 29, 2019

Monday, March 25, 2019

view in Kuala Penyu Town

Pemandangan di serktar pekan Kuala Penyu Sabah. Sungai Sitompok.

ASAL USUL NAMA KUALA PENYU
Kuala penyu tidak lepas daripada salah satu sungai yang mengairi kawasan Daerah Kuala penyu iaitu sungai sitompok yang terletak di dalam daerah Kuala penyu, sungai sitompok berpunca daripada kawasan tanah tinggi yang ada di Daerah Tenom, dipercayai hulu sungai sitompok berasal dari cabangan Sungai Padas dan terus ke kawasan daerah Beaufort, Sabah terus ke daerah Kuala penyu.
menurut kepercayaan dan cerita lisan penduduk setempat di kawasan daerah Kuala penyu, asal usul nama berasal daripada sungai sitompok iaitu di muara sungai sitompok, terdapatnya bentukan batu yang merupai seekor penyu yang mana dikenali sebagai batu penyu maka asal usul nama kuala penyu berpunca daripada batu berbentuk seekor Penyu yang berada di kuala sungai sitompok maka terjadilah nama Kuala penyu.