Friday, April 5, 2019

RESORT DI KUALA PENYU




Hasil carian imej untuk Tempurung Seaside Lodge


Resort ini merupakan tempat yang ideal untuk bersantai dan menghabiskan masa percutian anda. Anda pasti dapat rehatkan minda dan fizikal daripada kerja dan kesibukan kota. Rehatlah dengan aman disini tanpa gangguan. Resort ini menawarkan bilik / chalet pada harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis bilik dan anda boleh memilih mengikut kemampuan dan keinginan anda.Kedudukan resort di atas bukit membolehkan pengunjung menikmati pemandangan Laut China Selatan seluas mata memandang.
Hasil carian imej untuk Tempurung Seaside Lodge
Hasil carian imej untuk Tempurung Seaside Lodge

Wednesday, April 3, 2019

MAKANAN TRADISIONAL KAUM DUSUN TATANA


KELUPIS




Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Tatana Kuala Penyu secara bergotong-royong untuk membungkus kelupis. Kelupis adalah hidangan wajib ketika perayaan Moginum diadakan, serta boleh dibuat ketika menyambut apa-apa juga perayaan. Satu ikatan kelupis mempunyai sepuluh biji kelups yang di panggil "SAKUDI".



PINANTUNG

Hasil carian imej untuk pinantung

Sagu dikenali juga di dalam bahasa Dusun Tatana sebagai Pinantung. Cara untuk membuat Pinantung, tepung sagu dalam kuantiti yang sederhana dibubuh di dalam besen kecil dan dicampurkan dengan sedikit air serta digaul rata. Seterusnya air yang mendidih dituangkan ke dalam besen yang berisi tepung sagu yang dilarutkan dengan sedikit air tadi.  Dengan suhu kepanasan air yang mendidih, pinantung akhirnya berjaya diproses. Pinantung perlu dimakan dengan menggunakan sumpit. Sumpit adalah sejenis penyepit diperbuat daripada pelepah rumbia yang berbentuk "V". Selain daripada sumpit garpu juga boleh digunakan.

PETUA MASUK KEDALAM HUTAN

 Hasil carian imej untuk gambar hutan lembah danum


1. TINGKAH LAKU & PERCAKAPAN

Umpama masuk kerumah orang kenalah dijaga tingkah laku, kalau di rumah, jika buruk tingkah laku, biadap tuturcara nya, mungkin dihalau oleh tuan rumah. Bezanya di hutan, mungkin situasi tersesat, disorok bunian akan berlaku. Apabila di hutan, kurangkan bercakap kerana takut kita berkata atau melakukan sesuatu yang tidak betul tanpa kita sedar. Kita harus sedar setiap langkah gerak geri kita diperhatikan, cuma kita tidak nampak, kerana bukan kita sahaja yang berada di tempat tersebut.

2. DAGING & TELUR

Daging merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila dipanggang. Kalau hendak dibawa juga tiada masalah tetapi risikonya ditanggung sendiri.
Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia adalah makanan makhluk bunian. Pernah terjadi sekumpulan pendaki semasa mendaki membawa sepapan telur untuk digoreng apabila tiba di atas puncak. Pabila sesi makan malam, mereka terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong. Kata orang asli, ia umpama "cukai" yang dikenakan.

3. RUMPUT MATI & KAWASAN LAPANG

Apabila melalui sesuatu kawasan, haruslah kita peka dengan keadaan sekeliling. Jika kita melalui sesuatu kawasan yang menghijau rumputnya tetapi terdapat sekelompok kawasan yang rumputnya sudah mati, elakkan melalui kawasan tersebut. Kebiasaannya, kawasan tersebut merupakan tempat untuk orang asli membuang bisa. Bisa hutan ini bermacam, tidak kira yang nampak atau tidak nampak.
Jika kita melalui kawasan lapang pula yang seakan dibersihkan, jangan melalui kawasan tersebut ataupun mengotorkan tempat itu. Nanti ada pula yang disumpit atau parang terbang. Kebiasaannya ia adalah tempat orang asli untuk bercucuk tanam. Cara yang terbaik adalah cuba cari jalan lain atapun lalu di tepi tempat tersebut.

4. MEMAKAI WANGIAN

Ingatlah, hutan bukanlah tempat untuk kita membeli belah atau bergaya. Hutan adalah tempat dimana penghuninya mempunyai seribu ragam. Setakat deodorant untuk mengelakkan ketiak masam mungkin tidak menjadi masalah. Andai disembur wangian mahal  yang di beli di Pavilion mungkin mendatangkan bermacam masalah.
Ada haiwan yang alah pada wangian, ada juga yang tertarik pada wangian. Deria bau yang ada pada haiwan sangatlah hebat. Bukan seperti manusia, hanya mampu mengesan bau beberapa meter sahaja. Kebanyakan haiwan mampu mengesan bau berkilometer jauhnya. Andai wangian tersebut menarik haiwan yang tidak berbahaya, anda bernasib baik. Andai pak belang ataupun babi hutan yang timbul, lari tidak cukup tanah nanti.

5. AKAR BERJUNTAI

Orang tua selalu berpesan, "Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai".Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu. Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat orang bunian untuk bergayut / berbuai. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi orang bunian adalah akar yang berjuntai. Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar?. Pasti akan timbul rasa tidak puas hati. Sama juga orang bunian, peluang anda untuk diganggu atau disorok adalah tinggi.


6.  TAPAK KAKI RUSA

Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut. Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil. Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu.


7. PANGGILAN NAMA

Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya harimau, boleh dipanggil Maybank. Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan.
Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan. Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.

8. BERKHEMAH

Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kita mendirikan khemah untuk bermalam. Jika berkhemah di kawasan aliran sungai / air terjun, jangan dirikan khemah terlalu hampir di kawasan tersebut. Lebih molek andai jauh sedikit dari kawasan tersebut dan kawasan perkhemahan agak tinggi kerana apabila hujan, kawasan yang rendah akan ditenggelami air apabila datangnya KEPALA AIR. Jika ada batu besar berhampiran aliran air, tandakan batu tersebut sebagai penunjuk paras air.
Elakkan berkhemah di bawah pohon buluh. Rimbunan buluh dan daun yang sudah mati kebiasaannya dihuni oleh makhluk berbisa seperti ular. Andai tiada tempat, bersihkan dulu kawasan tersebut dan pastikan kawasan sekeliling ditabur dengan belerang untuk tujuan keselamatan. Pohon buluh juga amat sinonim dengan makhluk halus yang menjadikan pohon tersebut sebagai tempat tinggal.
Tidak digalakkan berkhemah di bawah pokok yang mempunyai ranting yang reput kerana kemungkinan khemah anda akan dihempap dahan patah terutama ketika musim hujan. Periksa dahulu pokok yang ingin dijadikan kawasan teduhan sebelum dijadikan tempat tidur.


9. MAKANAN

Setelah penat mendaki, pasti anda lapar. Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan. Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Umpamanya, apabila terbiasa dengan nasi bujang tetapi tiba-tiba disajikan dengan nasi beriani, nafsu makan anda pasti mencanak tinggi. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.

10. UNGGUN API

Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan. Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar. Andai terdapat ahli kumpulan seramai 5 orang,pastikan terdapat lima batang kayu yang berbara. Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai pak belang, beruang atau gajah datang melawat.


11. SULUH TIDAK TENTU ARAH

Apabila malam, jangan suka menyuluh di kawasan yang tidak penting. Takut tersuluh makhluk lain bermata merah pula nanti. Petua juga mengatakan kurangkan menyuluh muka rakan-rakan terutama ketika tidur.

12. BUNYI BISING

Kadangkala ada rakan mengeluh kerana bunyi cengkerik dan berbagai lagi yang didengari ketika mereka tidur di khemah. Itu adalah normal. Yang tidak normalnya apabila keadaan sekeliling menjadi sunyi sehingga dengkuran tidur rakan anda yang menyakitkan telinga. Menurut orang asli, apabila keadaan menjadi sunyi secara tiba-tiba, itu menandakan terdapat haiwan yang besar sedang memerhatikan kita. Andai ada bahan letupan seperti mercun, bakarlah mercun tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat menghalang haiwan liar daripada mendekati kita.

Tuesday, April 2, 2019

8 CARA MUDAH PENJAGAAN ENJIN KERETA

Hasil carian imej untuk enjin mivec 1.8

1. MINYAK ENJIN
Minyak enjin memastikan pemanduan kereta anda senyap dan perjalanan jauh tidak mejadi malalah. Minyak engin perlu ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan. Minyak enjin jenis semi-sintetik boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan manakala minyak sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan. Jangan biarkan minyak tersebut di dalam enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dan kerosakan kritikal pada enjin.
Anda juga boleh mengetahui sukatan atau kelikatan minyak enjin melalui penyukat minyak enjin atau lebih dikenali sebagai “dipstick”.
Anda juga disyorkan untuk menukar penapis minyak (oil filter) setiap kali anda menukar minyak enjin.

2. PALAM PENCUCUH(SPARK PLUG)

Ditukar selepas 20,000 km perjalanan. Jika anda menggunakannya sehingga 30,000 hingga 40,000 km masih tidak menjadi masalah. Tetapi jika melebihi 40,000 km, elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis, menyebabkan cucuhan api di dalam silinder enjin tidak lengkap atau lemah. Enjin kereta akan terasa seperti “semput”, kerana kehilangan kuasa daripada salah satu silinder.

3. BATERI

Terdapat dua jenis bateri iaitu sel kering dan sel basah. Anda boleh mengenalpasti jenis bateri kereta anda dengan melihat pada permukaannya. Jika sel basah, bateri tersebut akan mempunyai tutup tempat untuk mengisi air suling, dan sel kering sebaliknya.

Bagi sel basah anda perlu sering membuat pengisian semula air suling bateri dalam tempoh 2 tahun. Jika bateri sel basah menjadi kering, bateri tersebut akan kehilangan cas selepas hanya 6 bulan.

Jangka hayat bateri kereta kebiasaannya 18 bulan hingga 2 tahun namun ada juga bateri yang mampu bertahan lebih lama sehingga 4 tahun tetapi harganya agak berbanding bateri lain.

Jika anda mengalami masalah menghidupkan enjin, mungkin sekali masalah tersebut berpunca daripada bateri yang telah kehilangan cas.

4. PENAPIS UDARA (AIR FILTER)

Perlu ditukar setiap 20,000km kerana untuk melancar penapisan penyedutan udara luar masuk ke injection. Tetapi anda juga boleh mendapatkan penapis udara yang tidak perlu diservis, sebagai contoh penapis udara berjenama K&N.

5. CECAIR TRANSMISI 
AUTOMATIK (AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID | ATF)

Cecair ini hanya digunakan pada kereta bertransmisi automatik. Kebiasannya, panduan kereta anda akan mencadangkan cecair ini ditukar selepas 20,000km, namun boleh ditukar selepas 30,000km jika ingin berjimat.
Sekiranya penukaran ini diabaikan sehingga melebihi 30,000km, kerosakan kritikal boleh berlaku pada kotak gear, menyebabkan perbelanjaan besar.

6. MINYAK GEAR (GEAR OIL)

Bagi mereka yang menggunakan transmisi manual, anda tidak memerlukan ATF tetapi sebaliknya memerlukan minyak gear. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.

7. PENYEJUK RADIATOR (RADIATOR COOLANT)

Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau. Boleh ditukar setiap 60,000km sekali. Penggunaan coolant berbanding air biasa akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan juga tak mudah mendidih. Jika boleh, anda juga boleh mongosongkan tangki radiator semasa menukar coolant (Radiator flush).

8. TALI SAWAT (BELT)

Terdapat beberapa jenis tali sawat dalam kereta anda yang lebih dikenali sebagai timing belt. Anda perlu memastikan tali sawat tidak haus dan longgar. Tali sawat yang longgar akan mengakibatkan bunyi nyaring pada bahagian enjin. Servis tali sawat anda jika ini berlaku.

RESEPI SIAKAP TIGA RASA

Hasil carian imej untuk siakap tiga rasa

Bahan-bahan goreng ikan

  • 2 ekor ikan siakap
  • Tepung rangup serbaguna Bestari perisa pedas
Cara penyediaan:
  1. Lumur tepung pada ikan. Tak perlu garam atau kunyit.
  2. Hasilnya, luar ikan jadi rangup dan rasa pedas. 
  3. Pastikan guna minyak yang banyak untuk goreng ikan. Pastikan juga minyak sudah betul-betul cukup panas. Gunakan teknik deep frying. Ikan perlu tenggelam dalam minyak. 
  4. Setelah siap goreng, angkat dan letak dulu di tepi. Sementara siapkan sos ikan pula.

Bahan-bahan untuk sos ikan 

Bahan tumisan*:
  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)*
  • 6 ulas bawang putih (diketuk)*
  • halia 2 inci (dihiris nipis)*
  • 10-15 tangkai cili api merah (dihiris atau diketuk)*
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos ikan
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 tin cube nenas (ambil dengan airnya sekali)
  • 1 batang saderi (potong ½ inci)
  • daun ketumbar (potong ½ inci)
  • 1 batang serai (diketuk)

Cara-cara masak sos 3 rasa

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan-bahan tumisan.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau sebati.
  4. Masukkan tomato dan cube nenas dengan air sekali. Air nenas tu untuk efek rasa manis kuah sos.
  5. Masukkan batang saderi, daun ketumbar dan serai. Kemudian perasakan dengan garam. Siap.
Boleh terus siramkan atas ikan siakap yang sudah digoreng tadi. Akhir sekali, boleh tabur lebihan daun ketumbar atas ikan sebagai hiasan.

Saturday, March 30, 2019

Cerita Rakyat "Batu Luang" Kuala Penyu Sabah





Pemandangan dari dalam Batu Luang

CERITA RAKYAT DUSUN TATANA KUALA PENYU


Peristiwa ini dikatakan berlaku pada suatu ketika dahulu melibatkan pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka di rumah pangantin perempuan. Setelah beberapa hari mereka menaiki pelamin, maka mereka dikatakan ingin pulang ke rumah pengantin lelaki atau disebut maya wagu mengikut bahasa suku kaum Kadazandusun Tatana.

Dengan diiringi oleh keluarga masing-masing, pasangan pengantin itu berangkat pada suatu pagi yang indah. Ketika mereka hampir di gua Batu Luang, tiba-tiba angin bertiup kencang dengan awan manjadi gelap dan diikuti oleh hujan yang turun dengan lebatnya.

Berikutan situasi yang tidak mengizinkan mereka meneruskan perjalanan itu, kedua mempelai tersebut pun bergegas untuk berlindung di dalam sebuah gua yang kini dikenali Gua Batu Luang.

Setelah hujan berhenti, mereka mula keluar dari gua tersebut. Pengantin lelaki dikatakan merupakan orang yang kedua terakhir keluar. Orang yang terakhir masih di dalam gua tersebut ialah isterinya.

Sebaik sahaja pengantin perempuan tersebut menghulurkan kedua tangannya untuk ditarik oleh suaminya, tiba-tiba tanah di dalam gua itu mendap dan runtuh. Si suami cuba menyelamatkan isterinya dengan segala kudrat namun wanita itu hanya mampu menghulurkan cincin perkahwinan mereka lalu lesap di telan bumi.

Sejauh mana kebenaran cerita ini sukar untuk dibuktikan namun yang nyata gua tersebut yang terletak di kawasan pantai Batu Luang masih wujud hingga ke hari ini.








Pemandangan di persisiran pantai Batu Luang